Saturday, October 25, 2008

Pagi Ahad yg mengantuk

Tengok muka dia ni, mengantuk baa..


Uaahhh...! Memang mengantuk, sebab tidurku tidak normal. Aku sudah jadi macam vampire, tidur dari jam 6am ke 12 pm. Malam sampai subuh berjaga, main game, download, main game, lompat-lompat dan makan megi. Fred kejutkan jam 9am, minta kami jadi fasi kursus Adobe. Zai beri semangat untuk pergi ke KMC. Yaa..aku pun pergi memandangkan aku juga seorang ajk. Nasib baik ada Zai.

Untuk program si fred tu, aku jadi penjaga komputer. Assistant si fred, kalau dia suruh play, aku kna tekan play, kalau pause, aku kena pause. Macam slave la aku ni hari tu. Tapi ndak pa. Dapat sijil. Si Zai pulak jalan2 sekitar peserta2 dan bagi tunjuk ajar yg sepatutnya seperti fasilitator. Kalau ada peserta bermasalah, dialah yg urus.

Best jugak program si Fred ni. Tapi aku rasa aku boleh buat yg lagi power utk kelab. Pasal aku yg paling power di UMP. THE WORLD(za warudo)<----ni zai tulis aa

lol telah diedit oleh Zai. seb baek ade due org ajk pompuan yg cun2..huahuahuah(ditulis oleh 2 org itu)

Masa ni ada 2 cewek tengok laptopku wuuuu..<---ni aku tulis

Friday, October 24, 2008

Aku memaksa untuk menulis

Salam semua,

Nombor satu:
Maaaaaaaf lama tidak meng-update blog. Banyak cerita nak dikongsi, banyak boleh ditulis, tapi setiap kali entry ditulis di notepad, satu makhluk aneh akan menghendap di sudut-sudut jiwa. Makklhuk* itu terus menerus men 'channel' kan seribu satu erti baru dalam kotak fikiran. Annaa...apa sudah aku tulis ni, kalo malas cakap malas ja la, ya Sori aku malas. Hahahahahah...

Nombor dua:
Aku banyak baca blog-blog orang lain. Tapi aku malas mengkomen dan membalas komen. Ini telah menyalahi etika bloggers. <---ini dapat dari fred, dikursusnya pagi sabtu.Balik dari kursus tu (aku balik awal) aku terus tulis benda ni. Jadi, terima kasih Fred, kerana memberi sinar blog kepadaku semula.

Nombor tiga:
Yaa kelab ku, Kmedia. Banyak kami telah buat untuk kelab ni, tapi lagi banyak yang belum terbuat. Aaaaa..Apa yang dicapai skang belum cukup memadai, belum cukup puas, macam sup ayam tapi tiada garam. Aku ada design logo baru kelab, ideanya ku cekup dari Nadia california. Asalnya mau bikin baju, tapi akhirnya jadi logo baru. Gomenasai Nadia...
Harapanku:
1. Buat baju kelab
2. Buat kelas tutorial adobe,flash,3Ds Max, etc
3. Mau panjat gunung tahan dengan Sarul (ideanya ni)
4. Mau pigi Singapore (masih jauh dari angan-angan)
5. Mau pigi Jepun dengan Jeppok (ideanya juga, lagi jauh dari angan-angan)
6. Website jurnalism umpSHOCK (adess...pereka website tgh berkurka kurki)

Nombor empat:
Haritu ku baca blog Yasmin Ahmad, dia hebat. Bacalah blognya ya disini.

aku cuba membuat entry seboleh mampu...