Tuesday, June 25, 2019

Kehadapan kau pada 2029

Dear self,

HA HA HA HA!

Banyak yang kau dah lalu sahabat. Aku baru habis baca balik semua blog post kau, kini disiram pelbagai perasaan.

Sungguh nostalgik!

Sungguh naif!

Sungguh bersemangat!

Tiada orang baca blog pada masa kini, namun itu tak penting, kerana setelah 10 tahun, akhirnya tulisan kau dapat juga dibaca oleh audien terpenting sekali - diri sendiri. Umpama naik mesin masa! Rupanya kau dulu berfikir demikian-demikian, passion dan kelaparan kau demikian-demikian.

Terima kasih kerana menulis, 14(?) post disini. Sudah cukup untuk aku gelak sendiri dan beromantika dengan benda-benda yang kau buat dulu.

Jika kita tulis apa yang kita lalu dalam 10 tahun ini, memang akan jadi novel 13 jilid rasanya. Banyaknya kau capai tapi tak kurang juga hebatnya badai lalai kau. Mungkin itu sebab utama kau tak pernah kekal dengan sesiapa. Suatu ketika kau sakit hati yang maha dahsyat, dah sedih yang maha berat. Kau tahan sendiri dalam kereta ketika pandu balik ke KL, dan bersumpah tak mahu rasa begitu lagi.

Pendeknya, kau dah banyak kali cuba dan usaha tidak dapat-dapat dan balik-balik jatuh. Dalam keduanya, perhubungan dan pencarian wang.

Oleh itu aku nak menulis disini, untuk kau 10 tahun hadapan (2029). Agar kau yang 10 tahun kehadapan, mampu beromantika (dan berasa geli, padan muka) dengan apa yang kau ada pada 2019.

Hargai betul-betul orang yang ada dengan kau. Jangan jadi bodoh.

Syukur dengan segalanya, tolong saja orang walau susah.

Ingat, jangan lupa lagi.

Dan jangan putus asa.

Muhammad Muhaimin bin Juhari
Cyberjaya
25/6/2019


No comments: